Jumaat, 19 November 2021

Sebagai Panduan ..



Sebagai Panduan..


Pernah tak terfikir kenapa nak sambung belajar..Kenapa kita dapat  sambung belajar dalam bidang yang kita  tak minat..rasa macam nak berhenti je.. Namun hanya sedikit saja lagi..Bukan mudah untuk dapat memasuki universiti..lebih lebih lagi universiti yang mendapat kedudukan dan reputasi yang baik..Hanya pelajar yang terpilih..Penilaian yang dibuat dari keputusan SPM seterusnya Matrikulasi/Diploma/STPM..

Kepada adik adik luar sana, ambiklah peluang,rebut ..kumpul sijil sebanyaknya jadilah pelajar yang aktif libatkan diri dalam pelbagai organisasi atau acara..supaya mudah untuk membuat penilaian diri awal dan ketahui apa yang kita minat..πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Ria rasa agak kesal kerana tidak begitu aktif semasa sekolah dan matrikulasi dahulu..Ria amat mementingkan pelajaran berbanding kokurikulum.. Apabila nak buat tugasan mengenai " resume" Ria mengalami sedikit kesukaran untuk mengolah diri..😟😟

Kadang pernah terfikir kenapa nak sambung belajar, nak buat apa sambung belajar nak dapat ijazah.. lepas tu kerja ..

Tapi bila teringat raut wajah mak dan ayah yang mengharapkan untuk kita sambung belajar untuk menjadi orang yang lebih baik lagi..Muhasabah diri ingat tujuan kita hidup...🌟⭐🌟

Kehidupan kini penuh dengan panca roba..dan kita perlu asah kelebihan,kekuatan dan emosi dalam diri..Apabila kita meningkat dewasa baru kita sedar yang mak dan ayah kita ingin kan yang terbaik.Belajar dari orang yang berpengalaman jadikan sebagai panduan.

Kadang sesuatu yang kita tidak suka itu adalah yang terbaik untuk kita..

Tiada masa lagi untuk dibuang..kerana masa itu amatlah singkat..Saat kita muda ini lah ambil peluang untuk lakukan sebaik kita dalam melaksanakan tugasan..Gunakan tenaga ketika ini sebelum menghadapi hari tua..Kita perlu memikirkan masa akan datang berlaku atas apa yang kita lakukan hari ini.. Oleh itu sentiasa pandang ke hadapan, jadikan kesilapan sebagai pengajaran bagi kita melakukan perkara lebih baik lagi..

Oleh itu, amat penting untuk kita timba ilmu bagi mematangkan pemikiran kita secara berkhemah..

Tapi tak semestinya mereka yang tidak belajar tidak berjaya..semua ada kelebihan dan kekurangan masing masing ..kita tidak boleh merendahkan orang lain..Bergantung kepada usaha dan tujuan kita nak kecapi kejayaan tersebut..










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yang penting jangan menyerah

Bermulanya Sem 2

 Bermulanya sem 2,  27 mac 2022, Ria dah mula duduk dikolej .. Agak rindu juga untuk tinggalkan keluarga namun kita juga perlu belajar berdi...