Atas talian atau bersemuka ?
Ketika universiti ini kita kena ambil peluang..Banyak program webinar diadakan dalam group universiti yang bermanfaat..Ria pun tidak terkecuali untuk ikut.. Tiap minggu ada saja program webinar yang di adakan dan amat bermanfaat..Kita pon boleh belajar pelbagai ilmu bahkan di luar fakulti..Ada juga forum yang melibatkan kerjasama Malaysia-Indonesia. Walaupun jauh merentasi negara, kita masih boleh ikuti melalui atas talian..Tips dekan ,motivasi,kawalan emosi dan macam macam lagi..ria pun jadi tiba tiba minat forum mengenai perniagaan ..Dari tidak suka jadi suka.. Ada baik juga online ini..
Tapi kasihan juga bagi mereka yang mengalami masalah internet. Pernah sehingga masuk ke dalam facebook pelajar perlu berjalan jauh bagi mendapatkan rangkaian internet yang baik bagi mengikuti kelas online..Ria pun kadang kadang mengalami masalah internet tanpa dijangka..selalunya rangkaian internet di rumah ria baik baik sahaja namun semenjak kelas atas talian sering kali diganggu..Sehingga ria mengambil keputusan untuk mohon pulang ke kampus..Tapi Ria tidak dapat melakukan permohonan disebabkan masalah tertentu.
Banyak perkara yang perlu ditimbangkan untuk beri pelajar ke kampus dan prosedur yang ketat demi kebaikan semua..berharap dapat rasa belajar bersemuka kerana rasa lebih efektif bagi Ria..Dan ria teringin nak ikut acara kolej yang fizikal tu nak pengalaman disana..humm..😔
Bagi ria kerja atau belajar secara bersemuka juga penting..sewaktu Ria di matrikulasi Ria berkenalan dengan rakan melalui bersemuka..Bila online kita mungkin sukar mengenali seseorang mekipun melalui mesej..ada sesetengah orang bila mesej dia seorang yang peramah namun bila bersemuka karekter nya berbeza..melalui mesej juga kita tidak tahu tanggapan seseorang itu terhadap kita..mungkin perkataan yang mereka hantar pada kita boleh disalah tafsirkan oleh kita..Bahaya juga ye😥
Tapi ada sisi baik dan buruknya pembelajaran atas talian.. Bahkan setiap kita lakukan ada kelebihan dan risiko yang perlu diambil..Apa yang penting kita harus fikir sebaiknya sebelum membuat keputusan. 🌟⭐🌟⭐
Semoga anda semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera..Dam semoga berjaya menghadapi kelas atas talian..Harap belum terlambat untuk ucap ini..hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan