Pemilihan citra yang sengit
Hi semuaaa..hari ini Ria nak cerita sikit mengenai citra..apa itu citra ?..hmmm
Sepanjang minggu mesra mahasiswa atau MMM iaitu sesi pengenalan UKM kepada seluruh mahasiswa baru UKM. Setiap kali majlis seringkali membincangkan tentang pemilihan citra. Meskipun berkali kali diterangkan masih lagi kurang jelas dengan citra ini..pening pening.. Untuk pengetahuan pembaca...Citra merupakan subjek tambahan bagi mencukupkan kredit bagi syarat graduasi..kena ambik tahu ye sebelum pemilihan citra di buka ...ye..😉
Pada jam 12:00 am sistem smpweb (laman web yang digunakan pelajar bagi mendaftar khusus setiap sem) menjadi sukar diakses, berikutan kepadatan pelajar memgakses laman web tersebut. Sehingga ada pelajar sanggup menunggu sehingga jam 5 pagi bagi mendaftar khusus yang diingini.
Apabila diberi penerangan mengenai citra bahawa terdapat bahasa jepun.Ria berasa teruja untuk belajar bahasa jepun . Ria memang suka akan bahasa jepun. dari sekolah menegah lagi. pernah juga belajar melalui aplikasi dan youtube namun akibat ria perlu fokus terhadap spm Ria perlu lepaskan sementara waktu..hmm
tapi.. kuota bagi khusus ini telah penuh..boleh sahaja buat rayuan tapi..Ria masih baru jadi tidak berapa tahu prosedur untuk memohon.. Jadi Ria rasa nak cuba sem seterusnya..
Tak mengapalah mungkin tidak rezeki buat sem ini..
Selain itu.. Ria mengambil keputusan untuk memilih Komputer Dalam Pendidikan..Seronok juga..banyak Ria belajar mengenai laman webseperti linked, weebly dan pelbagai lagi..Ria masih lagi dapat belajar perkara baru melalui khusus ini. Melalui weebly kita dapat cipta e-portal sendiri tahu ..😄
Apa pun khusus kita ambil ia tetap ilmu yang bermanfaat. Semasa kita di universiti inilah kita perlu timba ilmu sebanyaknya..ini juga merupakan peluang untuk kita memperbaiki diri serta berfikiran lebih luas dalam melakukan keputusan.. mungkin kita tidak aplikasikan dalam alam perkejaan namun mungkin kita boleh beri tunjuk ajar kepada orang lain...bukan.?⭐⭐
Tak dapat pergi campus buat sementara...bayang pun jadilah..😆 Credit to ukm website..
Rasa bersemangat bila tengok tempat fakulti ini...
Jaga diri semuaa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan