Pemikiran yang terbuka
Hi semua..Selamat sejahtera.. Hari ini Ria nak cerita mengenai fikiran..Fikiran kita ini sebenarnya amat luas..tapi dengan syarat kita perlu timba I L M U. ye ilmu..memang ilmu ni amat penting..Sebab kita boleh berfikiran dengan lebih baik dalam membuat keputusan.. Serta kita amat memerlukan , mentor, dan guru..Semestinya guru yang bertauliah ye...๐
Pada malam 3 November 2021 Rabu..Ria ada sertai taklimat Forum Business..tajuknya Behind the Scene of The Industry..Dengan dua ahli panel Khatijah Ayu (Senior manager Coway) dan Wardah Syaurah (Founder Of wardah Exclusive ). Forum ini membuka sedikit sebanyak minda anak muda mengenai dunia perniagaan..Ternyata dunia perniagaan amat luas tahu..๐ฎ๐ฎ
Selama ini Ria sangka Perniagaan ini merupakan meniaga.. pasar produk..galak orang beli..iklan sana sini..testimoni sana sini..waktu pandemik ini mesti susah nak niaga banyak premis tutup.. Sebenarnya kita tidak boleh terhadkan pemikiran kita mengenai perniagaan..Ayah Ria sering kali mengalakkan Ria untuk masuk ke dunia perniagaan..Oleh itu lah mugkin Ria mengambil pentadbiran perniagaan sekarang ini..
Apa pun kita kena belajar untuk dapatkan ilmu .. dapat kan pengalaman.. bukan terpaksa..* peringatan untuk diri sendiri *๐
Tapi tidak juga ada yang dikatakan bertambah laris jualan mereka melalui teknik atas talian dengan cara dan bimbingan yang betul. Bidang perniagaan itu sebenarnya luas..dan banyak cabang dari pelbagai sudut tanpa kita ketahui..Dan semestinya dunia perniagaan memerlukan keberanian dalam mengambil risiko..serta mempunyai pasang surutnya..
"Sekiranya kita ingin pendapatan lebih, dengan cara berniagalah"
๐ช๐⭐Nabi SAW pun mengalakkan kita untuk berniaga.. ๐ช๐⭐
Bila kita dapat pendapatan lebih boleh kita membantu dan memberi manfaat kepada orang lain..Berbanding makan gaji yang memerlukan masa untuk dapat naik gaji atau naik pangkat.. Ria pun nak buat begitu..mahu memberi khidmat kepada orang lain..
Kepada pelajar perakaunan,ekonomi,dan perniagaan..sebenarnya kita mempunyai kelebihan..kerana kita telah mempelajari serba sedikit mengenai perniagaan terlebih dahulu..Berbanding mereka yang tidak mempunyai asas langsung...Ramai yang diluar sana yang bukan dari bidang perniagaan habis belajar membuat perniagaan untuk dapat pendapatan lebih..Mereka yang tiada asas ini berkemungkinan perlu giat belajar lebih sebelum terjun kedalam bidang perniagaan..
Namun apa pun ilmu kita belajar tak akan pernah sia sia..sebaliknya mungkin ada pengalaman yang kita belajar di samping kita belajar sesuatu itu...kerana pengalaman lah yang akan mematangkan pemikiran kita..
Sekian itu saja dari Ria..semoga hari korang baik baik saja..jaga kesihatan ye semua.. ๐๐
Tiada ulasan:
Catat Ulasan