Selasa, 30 November 2021

Motivasi

 Sekiranya rasa macam hilang motivasi rasa nak putus asa, carilah motivasi anda..kadang Ria ada juga rasa malas..Ada juga rakan ria kata yang ria ini terlalu tekun..Tapi selalu juga Ria rasa hilang semangat..Terfikir bila nak habis belajar ketika matrik ini..bila nak setahun ini..dalam sedar tak sedar dah setahun..Rasa nak kembali ke zaman matrik ..hmmm..Rindu..juga..😆😆

teringat waktu terperangkap kat matrik.. Ramai mereka yangb sibuk nak balik rindu keluarga lah..masakan ibulah..masakan kantin kurang lah..pelbagai alasan kita beri..tapi kita tetap bertahan untuk satu sem di matrik ..Kita sebenarnya mampu hadapi lebih dari kita bayangkan..cuma kadang kita terlalu dimanja..

 Tapi kita kena sedar bahawa lambat laun kita kena berdikari..Ria sewaktu di matrik rasa macam lebih berdikari ..urusan masa lebih baik..Tak ada masa untuk buat perkara yang sia sia ..Setiap perkara kita lakukan kita kena fikir baik baik kesan baik atau buruknya..semua kita lakukan sendiri..Tapi bila di rumah kebanyakkan ibu yang buat..Amat berbeza kehidupan berdikari dengan kehidupan dengan keluarga..Ria harap dapat masuk kampus kalau boleh tapi ada sebab tertentu untuk tidak boleh pergi ke sana..

Kehidupan juga ada pasang surutnya..bukan sahaja laut..Kadang kita berada di atas..kadang kita ada dibawah.. Kadang kita kuat kadang kita lemah..Meskipun kita tidak dapat apa yang kita ingin kan jangan berputus asa..Tetap muhasabah diri dan terus kan berusaha kerana kehidupan ini masih lagi panjang..Kalau kita mudah putus asa sekarang akan membawa kesan di hadapan juga nanti.

Sekiranya rasa lemah semangat...

-Cuba muhasabah diri,bersangka baik dengan apa yang berlaku

-Cuba cari motivasi , kata kata mutiara yang membangkitkan semangat diri dan tampal ditempat kita nampak ( Ria suka buat waktu matrik ini Rasa kosong kalau tak tampal apa apa..Hehehe)

-Teruskan usaha,perbaiki diri kekurangan diri mengikut kemampuan..

- Paling penting bagi penghargaan pada diri atau hadiahkan diri sendiri..pergi jalan jalan , tenangkan fikiran..yang ini ramai yang lupa⭐🌟⭐


Kadang kita tidak boleh terlalu  memaksa diri dan lakukan perkara diluar kemampuan kita..Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing masing..Sekian sahaja dari Ria .. Semoga sentiasa dalam keadaan sihat sejatera dan bersemangat selalu.😇😇

Jumaat, 26 November 2021

Atas talian atau Bersemuka ?

Atas talian atau bersemuka ?

Ketika universiti ini kita kena ambil peluang..Banyak program webinar diadakan dalam group universiti yang bermanfaat..Ria pun tidak terkecuali untuk ikut.. Tiap minggu ada saja program webinar yang di adakan dan amat bermanfaat..Kita pon boleh belajar pelbagai ilmu bahkan di luar fakulti..Ada juga forum yang melibatkan kerjasama Malaysia-Indonesia. Walaupun jauh merentasi negara, kita masih boleh ikuti melalui atas talian..Tips dekan ,motivasi,kawalan emosi dan macam macam lagi..ria pun jadi tiba tiba minat forum mengenai perniagaan ..Dari tidak suka jadi suka.. Ada baik juga online ini..


Tapi kasihan juga bagi mereka yang mengalami masalah internet. Pernah sehingga masuk ke dalam facebook pelajar perlu berjalan jauh bagi mendapatkan rangkaian internet yang baik bagi mengikuti kelas online..Ria pun kadang kadang mengalami masalah internet tanpa dijangka..selalunya rangkaian internet di rumah ria baik baik sahaja namun semenjak kelas atas talian sering kali diganggu..Sehingga ria mengambil keputusan untuk mohon pulang ke kampus..Tapi Ria tidak dapat melakukan permohonan disebabkan masalah tertentu.

Banyak perkara yang perlu ditimbangkan untuk beri pelajar ke kampus dan prosedur yang ketat demi kebaikan semua..berharap dapat rasa belajar bersemuka kerana rasa lebih efektif bagi Ria..Dan ria teringin nak ikut acara kolej yang fizikal tu nak pengalaman disana..humm..😔

Bagi ria kerja atau belajar secara bersemuka juga penting..sewaktu Ria di matrikulasi Ria berkenalan dengan rakan melalui bersemuka..Bila online kita mungkin sukar mengenali seseorang mekipun melalui mesej..ada sesetengah orang bila mesej dia seorang yang peramah namun bila bersemuka karekter nya berbeza..melalui mesej juga kita tidak tahu tanggapan seseorang itu terhadap kita..mungkin perkataan yang mereka hantar pada kita boleh disalah tafsirkan oleh kita..Bahaya juga ye😥

Tapi ada sisi baik dan buruknya pembelajaran atas talian.. Bahkan setiap kita lakukan ada kelebihan dan risiko yang perlu diambil..Apa yang penting kita harus fikir sebaiknya sebelum membuat keputusan. 🌟⭐🌟⭐

Semoga anda semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera..Dam semoga berjaya menghadapi kelas atas talian..Harap belum terlambat untuk ucap ini..hehehe



Jumaat, 19 November 2021

Sebagai Panduan ..



Sebagai Panduan..


Pernah tak terfikir kenapa nak sambung belajar..Kenapa kita dapat  sambung belajar dalam bidang yang kita  tak minat..rasa macam nak berhenti je.. Namun hanya sedikit saja lagi..Bukan mudah untuk dapat memasuki universiti..lebih lebih lagi universiti yang mendapat kedudukan dan reputasi yang baik..Hanya pelajar yang terpilih..Penilaian yang dibuat dari keputusan SPM seterusnya Matrikulasi/Diploma/STPM..

Kepada adik adik luar sana, ambiklah peluang,rebut ..kumpul sijil sebanyaknya jadilah pelajar yang aktif libatkan diri dalam pelbagai organisasi atau acara..supaya mudah untuk membuat penilaian diri awal dan ketahui apa yang kita minat..👍👍👍

Ria rasa agak kesal kerana tidak begitu aktif semasa sekolah dan matrikulasi dahulu..Ria amat mementingkan pelajaran berbanding kokurikulum.. Apabila nak buat tugasan mengenai " resume" Ria mengalami sedikit kesukaran untuk mengolah diri..😟😟

Kadang pernah terfikir kenapa nak sambung belajar, nak buat apa sambung belajar nak dapat ijazah.. lepas tu kerja ..

Tapi bila teringat raut wajah mak dan ayah yang mengharapkan untuk kita sambung belajar untuk menjadi orang yang lebih baik lagi..Muhasabah diri ingat tujuan kita hidup...🌟⭐🌟

Kehidupan kini penuh dengan panca roba..dan kita perlu asah kelebihan,kekuatan dan emosi dalam diri..Apabila kita meningkat dewasa baru kita sedar yang mak dan ayah kita ingin kan yang terbaik.Belajar dari orang yang berpengalaman jadikan sebagai panduan.

Kadang sesuatu yang kita tidak suka itu adalah yang terbaik untuk kita..

Tiada masa lagi untuk dibuang..kerana masa itu amatlah singkat..Saat kita muda ini lah ambil peluang untuk lakukan sebaik kita dalam melaksanakan tugasan..Gunakan tenaga ketika ini sebelum menghadapi hari tua..Kita perlu memikirkan masa akan datang berlaku atas apa yang kita lakukan hari ini.. Oleh itu sentiasa pandang ke hadapan, jadikan kesilapan sebagai pengajaran bagi kita melakukan perkara lebih baik lagi..

Oleh itu, amat penting untuk kita timba ilmu bagi mematangkan pemikiran kita secara berkhemah..

Tapi tak semestinya mereka yang tidak belajar tidak berjaya..semua ada kelebihan dan kekurangan masing masing ..kita tidak boleh merendahkan orang lain..Bergantung kepada usaha dan tujuan kita nak kecapi kejayaan tersebut..










Isnin, 8 November 2021

Pemikiran yang terbuka

 Pemikiran yang terbuka

Hi semua..Selamat sejahtera.. Hari ini Ria nak cerita mengenai fikiran..Fikiran kita ini sebenarnya amat luas..tapi dengan syarat kita perlu timba I L M U. ye ilmu..memang ilmu ni amat penting..Sebab kita boleh berfikiran dengan lebih baik dalam membuat keputusan.. Serta kita amat memerlukan , mentor, dan guru..Semestinya guru yang bertauliah ye...😁

Pada malam 3 November 2021 Rabu..Ria ada sertai taklimat Forum Business..tajuknya Behind the Scene of The Industry..Dengan dua ahli panel Khatijah Ayu (Senior manager Coway) dan Wardah Syaurah (Founder Of wardah Exclusive ). Forum ini membuka sedikit sebanyak minda anak muda mengenai dunia perniagaan..Ternyata dunia perniagaan amat luas tahu..😮😮

Selama ini Ria sangka Perniagaan ini merupakan meniaga.. pasar produk..galak orang beli..iklan sana sini..testimoni sana sini..waktu pandemik ini mesti susah nak niaga banyak premis tutup.. Sebenarnya kita tidak boleh terhadkan pemikiran kita mengenai perniagaan..Ayah Ria sering kali mengalakkan Ria untuk masuk ke dunia perniagaan..Oleh itu lah mugkin Ria mengambil pentadbiran perniagaan sekarang ini..

Apa pun kita kena belajar untuk dapatkan ilmu .. dapat kan pengalaman..  bukan terpaksa..* peringatan untuk diri sendiri *😉

Tapi tidak juga ada yang dikatakan bertambah laris jualan mereka melalui teknik atas talian dengan cara dan bimbingan yang betul. Bidang perniagaan itu sebenarnya luas..dan banyak cabang dari pelbagai sudut tanpa kita ketahui..Dan semestinya dunia perniagaan memerlukan keberanian dalam mengambil risiko..serta mempunyai pasang surutnya.. 

"Sekiranya kita ingin pendapatan lebih, dengan cara berniagalah"

💪🌟⭐Nabi SAW pun mengalakkan kita untuk berniaga..  💪🌟⭐

Bila kita dapat pendapatan lebih boleh kita membantu dan memberi manfaat kepada orang lain..Berbanding makan gaji yang memerlukan masa untuk dapat naik gaji atau naik pangkat.. Ria pun nak buat begitu..mahu memberi khidmat kepada orang lain..

Kepada pelajar perakaunan,ekonomi,dan perniagaan..sebenarnya kita mempunyai kelebihan..kerana kita telah mempelajari serba sedikit mengenai perniagaan terlebih dahulu..Berbanding mereka yang tidak mempunyai asas langsung...Ramai yang diluar sana yang bukan dari bidang perniagaan habis belajar membuat perniagaan untuk dapat pendapatan lebih..Mereka yang tiada asas ini berkemungkinan perlu giat belajar lebih sebelum terjun kedalam bidang perniagaan..

Namun apa pun ilmu kita belajar tak akan pernah sia sia..sebaliknya mungkin ada pengalaman  yang kita belajar di samping kita belajar sesuatu itu...kerana pengalaman lah yang akan mematangkan pemikiran kita..

Sekian itu saja dari Ria..semoga hari korang baik baik saja..jaga kesihatan ye semua.. 😇😇








Isnin, 1 November 2021

Pemilihan citra yang sengit..

 

 Pemilihan citra yang sengit

Hi semuaaa..hari ini Ria nak cerita sikit mengenai citra..apa itu citra ?..hmmm

Sepanjang minggu mesra mahasiswa atau MMM iaitu sesi pengenalan UKM kepada seluruh mahasiswa baru UKM. Setiap kali majlis seringkali membincangkan tentang pemilihan citra. Meskipun berkali kali diterangkan masih lagi kurang jelas dengan citra ini..pening pening.. Untuk pengetahuan pembaca...Citra merupakan subjek tambahan bagi mencukupkan kredit bagi syarat graduasi..kena ambik tahu ye sebelum pemilihan citra di buka ...ye..😉


Pada jam 12:00 am  sistem smpweb (laman web yang digunakan pelajar bagi mendaftar khusus setiap sem) menjadi sukar diakses, berikutan kepadatan pelajar memgakses laman web tersebut. Sehingga ada pelajar sanggup menunggu sehingga jam 5 pagi bagi mendaftar khusus yang diingini.


Apabila diberi penerangan mengenai  citra  bahawa terdapat bahasa jepun.Ria berasa teruja untuk belajar bahasa jepun . Ria memang suka akan bahasa jepun. dari sekolah menegah lagi. pernah juga belajar melalui aplikasi dan youtube namun akibat ria perlu fokus terhadap spm Ria perlu lepaskan sementara waktu..hmm

tapi.. kuota bagi khusus ini telah penuh..boleh sahaja buat rayuan tapi..Ria masih baru jadi  tidak berapa tahu prosedur untuk memohon.. Jadi Ria rasa nak cuba sem seterusnya..


Tak mengapalah mungkin tidak rezeki buat sem ini..

Selain itu.. Ria mengambil keputusan untuk memilih Komputer Dalam Pendidikan..Seronok juga..banyak Ria belajar mengenai laman webseperti linked, weebly dan pelbagai lagi..Ria masih lagi dapat belajar perkara baru melalui khusus ini. Melalui weebly kita dapat cipta e-portal sendiri tahu ..😄


Apa pun khusus kita ambil ia tetap ilmu yang bermanfaat. Semasa kita di universiti inilah kita perlu timba ilmu sebanyaknya..ini  juga merupakan peluang untuk kita memperbaiki diri serta berfikiran lebih luas dalam melakukan keputusan..  mungkin kita tidak aplikasikan dalam alam perkejaan namun mungkin kita boleh beri tunjuk ajar kepada orang lain...bukan.?⭐⭐




Tak dapat pergi campus buat sementara...bayang pun jadilah..😆 Credit to ukm website..

Rasa bersemangat bila tengok tempat fakulti ini...

Jaga diri semuaa..




Yang penting jangan menyerah

Bermulanya Sem 2

 Bermulanya sem 2,  27 mac 2022, Ria dah mula duduk dikolej .. Agak rindu juga untuk tinggalkan keluarga namun kita juga perlu belajar berdi...