Jumaat, 24 Disember 2021

Belajar berkumpulan atau bersendirian ?

Berkumpulan atau bersendiri? 

Setiap orang ada cara mereka belajar yang tersendiri. Terpulang mengikut keselesaan masing-masing.

 
Tetapi Semenjak Ria belajar di UKM..Setiap kerja khusus pasti ada berkumpulan.Tidak kiralah daripada pembentangan,pembikinan video dan seterusnya temuramah syarikat .. bergantung kepada pensyarah dan khusus yang dilakukan.

Inilah yang dimaksudkan UKM..melatih pelajar persediaan dalam pekerjaan..Semasa kita bekerja kelak pasti kita akan bekerjasama dengan mereka dari pelbagai peringkat.. Tidak kira lah dari peringkat atasan,pertengahan mahupun rakan sekerja.

Ada kebaikan bekerjasama dalam kumpulan antaranya sekiranya kita bekerja dalam kumpulan, kerja khusus akan lebih cepat disiapkan,kita dapat meningkatkan komunikasi antara rakan dan dapat mengetahui info lanjut mengenai subjek dipelajari..menambah kenalan dan sebagai nya.

 ada yang mengatakan 

'belajar berkumpulan akan menjurus kita kepada perbualan sia sia '

Tidak di nafikan akan berlaku situasi sedemikian.Ria pernah mengalami sewaktu di sekolah menegah yang memutuskan Ria untuk belajar bersendirian. Tapi ia juga bergantung dengan siapa kita belajar bersama..Sebaiknya carilah rakan sekelompok yang tekun belajar supaya kita juga akan menjadi tekun belajar.

Manakala yang belajar bersendirian..
Apabila kita tidak faham akan sesuatu subjek sebaiknya cari rakan yang boleh membantu untuk mengajar kita. Tidak baik buat kita untuk pemdam sendirian.Boleh jadi kita akan tertekan, hilang rasa ingin.belajar dan mudah berputus asa.


Ria merupakan pelajar yang dikira kurang berkomunikasi sewaktu di sekolah menegah..Akan tetapi setelah Ria memasuki matrik, Ria belajar dan berkomunikasi dengan rakan baru membantu Ria untuk belajar bekerjasama. Sebaiknya kita harus keluar dari zon selesa bagi meningkatkan kebolehan diri dan potensi untuk menjadi lebih baik.

kita juga akan mempelajari pelbagai pengalaman dari pelbagai rakan dan subjek.

Sebagai contoh..
Melalui projek berkumpulan prinsip perakaunan, kita akan mempelajari pembahagian tugas,tanggungjawab, bagaimana pembahagian masa dan pendapat yang berbeza daripada setiap ahli.

Melalui pengantar pengurusan ria mempelajari bagaimana menjadi pengurus. Setiap ahli berkerjasama dalam organisasi sebagai pengurus.Bagaimana tugasan dibahagikan dan dilaksanakan.

Bukan mudah juga untuk menerima semua pendapat ahli..Kebanyakan keputusan dilakukan  melalui majoriti..Selalulah aktif bersama ahli anda supaya kerjasama dalam ahli kumpulan berjalan dengan berkesan..


Sekiranya berkelapangan bolehlah melawat portfolio Ria yang Ria bangunkan melalui weebly. Terdapat nota yang ria buat bagi subjek yang Ria belajar.

 Berikut ria sertakan link di sini : Portfolio Ria (https://riaa02.weebly.com/)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yang penting jangan menyerah

Bermulanya Sem 2

 Bermulanya sem 2,  27 mac 2022, Ria dah mula duduk dikolej .. Agak rindu juga untuk tinggalkan keluarga namun kita juga perlu belajar berdi...