Rabu, 29 Disember 2021

Terus bersemangat belajar

Tahun ini kita digemparkan dengan banjir yang tanpa diduga..
Rumah Ria juga tidak terkecuali ditenggelami air
..Terima kasih pihak universiti dan kerajaann yang memahami keadaan mangsa banjir. Oleh itu kelas ditunda bagi dua minggu..

Mohon mangsa banjir terus bertabah atas kejadian yang berlaku..
Teringin nak ikut sukarelawan kat universiti tapi apabila berada di rumah ini banyak perkara yang terbatas .Bersama covid..Semoga kita semua dapat harungi ujian ini dengan baik..Tuhan tidak akan menguji hambanya dari luar kebolehan kita..Itu bererti kita mampu untuk terus bangkit dengan hikmah ujian ini.

Terima kasih kepada mereka yang pantas dan prihatin kepada mangsa banjir. Hanya Allah sahaja mampu membalas kebaikan kalian.

 harap pelajar yang terkesan terus kuat dan bersemangat untuk belajar. Terus tabah..

Ria tidak ada cerita pada ruang blog kali ini..Bahkan Ria pun  tidak dapat nak update blog disebabkan sibuk kemas rumah..

Semoga semua pelajar dan warga UKM sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera..




18 Disember 2021-kampung Melayu Subang.
Sumber - youtube 




Jumaat, 24 Disember 2021

Belajar berkumpulan atau bersendirian ?

Berkumpulan atau bersendiri? 

Setiap orang ada cara mereka belajar yang tersendiri. Terpulang mengikut keselesaan masing-masing.

 
Tetapi Semenjak Ria belajar di UKM..Setiap kerja khusus pasti ada berkumpulan.Tidak kiralah daripada pembentangan,pembikinan video dan seterusnya temuramah syarikat .. bergantung kepada pensyarah dan khusus yang dilakukan.

Inilah yang dimaksudkan UKM..melatih pelajar persediaan dalam pekerjaan..Semasa kita bekerja kelak pasti kita akan bekerjasama dengan mereka dari pelbagai peringkat.. Tidak kira lah dari peringkat atasan,pertengahan mahupun rakan sekerja.

Ada kebaikan bekerjasama dalam kumpulan antaranya sekiranya kita bekerja dalam kumpulan, kerja khusus akan lebih cepat disiapkan,kita dapat meningkatkan komunikasi antara rakan dan dapat mengetahui info lanjut mengenai subjek dipelajari..menambah kenalan dan sebagai nya.

 ada yang mengatakan 

'belajar berkumpulan akan menjurus kita kepada perbualan sia sia '

Tidak di nafikan akan berlaku situasi sedemikian.Ria pernah mengalami sewaktu di sekolah menegah yang memutuskan Ria untuk belajar bersendirian. Tapi ia juga bergantung dengan siapa kita belajar bersama..Sebaiknya carilah rakan sekelompok yang tekun belajar supaya kita juga akan menjadi tekun belajar.

Manakala yang belajar bersendirian..
Apabila kita tidak faham akan sesuatu subjek sebaiknya cari rakan yang boleh membantu untuk mengajar kita. Tidak baik buat kita untuk pemdam sendirian.Boleh jadi kita akan tertekan, hilang rasa ingin.belajar dan mudah berputus asa.


Ria merupakan pelajar yang dikira kurang berkomunikasi sewaktu di sekolah menegah..Akan tetapi setelah Ria memasuki matrik, Ria belajar dan berkomunikasi dengan rakan baru membantu Ria untuk belajar bekerjasama. Sebaiknya kita harus keluar dari zon selesa bagi meningkatkan kebolehan diri dan potensi untuk menjadi lebih baik.

kita juga akan mempelajari pelbagai pengalaman dari pelbagai rakan dan subjek.

Sebagai contoh..
Melalui projek berkumpulan prinsip perakaunan, kita akan mempelajari pembahagian tugas,tanggungjawab, bagaimana pembahagian masa dan pendapat yang berbeza daripada setiap ahli.

Melalui pengantar pengurusan ria mempelajari bagaimana menjadi pengurus. Setiap ahli berkerjasama dalam organisasi sebagai pengurus.Bagaimana tugasan dibahagikan dan dilaksanakan.

Bukan mudah juga untuk menerima semua pendapat ahli..Kebanyakan keputusan dilakukan  melalui majoriti..Selalulah aktif bersama ahli anda supaya kerjasama dalam ahli kumpulan berjalan dengan berkesan..


Sekiranya berkelapangan bolehlah melawat portfolio Ria yang Ria bangunkan melalui weebly. Terdapat nota yang ria buat bagi subjek yang Ria belajar.

 Berikut ria sertakan link di sini : Portfolio Ria (https://riaa02.weebly.com/)






Isnin, 13 Disember 2021

Belajar di perpustakaan.?

 

12 Disember 2021 ..Fuhh..Minggu peperiksaan di pertengahan semester.. Meskipun Peperiksaan dalam talian agak mencabar juga ye dengan internet,Gelabahnya..nak guna kamera "camera scan" Meskipun peperiksaan atas talian kita kena ada sifat jujur..Buat sahaja sehabis baik kita.. Sekiranya kita usaha pasti akan membuahkan hasil..Selalu pensyarah Ria waktu di matrikulasi dulu menasihat pelajar untuk jujur ketika dalam peperiksaan.Sebab Allah tahu apa yang kita buat..Sekiranya kita lakukan dengan cara salah, mungkin kejayaan itu pasti tidak akan kekal lama.Kadang  akan ada rasa bersalah untuk kita lakukan kesalahan sedemikian.

  Ingatlah  "Gagal setelah usaha lebih baik dari berjaya kerana tidak amanah."

Sekiranya kita rasa tertekan dengan peperiksaan yang baru kita hadapi ..Teruskan kertas seterusnya..Kita perlu fokus apa yang di hadapan kita sekarang ini..Risau akan menganggu pelajaran lain..Setelah peperiksaan kita boleh lagi berusaha dengan doa dan tawakal..


Setelah peperiksaan Ria mengambil keputusan untuk jalan ke perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam..Rasa rindu suasana perpustakaan..Harap dapat belajar di perpustakaan setiap hari.. Perpusatakaan ni ada 5 aras.. besar juga..Kali kedua Ria ke perpustakaan ini..Waktu itu tingkatan 5 bersempena baca buku 10 minit.Belajar di rumah dan di perpustakaan lain rasanya..🌟⭐🌟🌟

Kalau belajar di perpustakaan kita boleh dapatkan buku yang kita mahu sambil belajar..Suasana senyap perpustakaan juga boleh menenangkan fikiran tahu..πŸ’œπŸ’›πŸ§‘

Ketika Ria melawat perpustakaan..Meskipun hari ahad tetap lagi ramai pelajar..Harap dapat belajar berkumpulan juga..Banyak pelajar yang belajar berkumpulan..mungkin cara  mereka kena belajar secara bersemuka .. Setiap orang ada cara mereka belajar tersendiri..

Kalau rumah Ria dekat ini..pasti ria akan ulang alik ke sini..hehehe


Seronok tengok buku yang kemas tersusun..cantik mata memandang..






Kata kata yang Ria suka di perpustakaan ini..πŸ˜ŠπŸ˜ƒπŸ˜„




Harap dapat belajar di perpustakaan nanti...Semoga korang sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi..Sentiasa bersemangat ye..>.<





Ahad, 5 Disember 2021

Ohh ..Cuti seorang pelajar..

4 Disember 2021

Hari ini Ria pergi ke Pesta Buku di Pusat Konvensyen  SACC Shah Alam..Dah lama juga tak keluar rumah Ambil angin luar..Cuti mid sem ingat nak keluar jalan jalan lihat pemandangan tapi tak berkesempatan pula.. Yelah cuti ini kena lah manfaat kan sebaik baiknya..Lepas cuti mesti banyak kerja khusus menanti.. Yelah namanya pelajar kan.. Dapat pergi pesta buku pun jadilah..Sempat lah beli beberapa buku..Meskipun kita pelajar dan menghadapi kelas atas talian,kita kena keluar ambil angin .Hadap laptop untuk masa yang lama juga tidak baik untuk kesihatan..Sekurang kurangnya kena keluar jalan jalan atau jogging..


Banyak juga buku yang dipamerkan antaranya PTS,SASBADI,OXFORD FAJAR dan lain lain..Ria sampai tak ingat ..ada juga buku untuk pelajar universiti. Rasanya buku yang diterbitkan untuk pelajar universiti itu sendiri seperti UUM,UMK dan UITM..Agak sesak juga  .. mungkin kerana hari sabtu..Jarak pun sering kali diperingatkan.. pameran berlansung dari 2-12 Disember .. Ada juga diskaun di sudut sudut buku tertentu..

Ria nak motivasikan diri kadang kadang dengan beli buku .. Rasa semangat ada bahan bacaan.. asalah satu cara Ria nak memotivasikan diri.. Setiap orang ada cara mereka tersendiri..Ria lebih kepada bacaan buku yang fisikal..dari komputer ( atas talian )..sebab kita tak dapat nak belek buku itu.. Tapi bila dah beli jangan simpan sahaja..Gunakan..Kalau setakat beli pun tak boleh juga..Peperiksaan pertengahan semester pun nak dekat..kena buat persiapan..πŸ’ͺπŸ’ͺ


Sedar tak sedar masa berlalu dengan pantas, kita tak boleh buang masa dah sekarang..kalau kita leka ..hanya sesal akan menanti.. Tahun 2022 pun sudah hampir..Kena ada azam baru ..Kalau ada sesuatu yang kita tak dapat capai hari ini mungkin boleh jadi tahun depan kita kecapi.. Jangan bersedih..yang penting kita usaha untuk perbaiki diri setiap masa..adakalanya kita leka dan buat silap..Tapi disaat kita sedar..cepat- cepat lah kita kembali ke tempat yang seharusnya kita lakukan..


Ayuh kita lakukan sebaik kita... Disaat peluang yang hadir hanya sekali🌟⭐🌟


Diantara buku yang sempat Ria beli..



Ada juga persembahan di satu sudut depan dewan SACC..


Dari sudut hadapan pintu masuk..





Yang penting jangan menyerah

Bermulanya Sem 2

 Bermulanya sem 2,  27 mac 2022, Ria dah mula duduk dikolej .. Agak rindu juga untuk tinggalkan keluarga namun kita juga perlu belajar berdi...