Bermulanya sem 2,
27 mac 2022, Ria dah mula duduk dikolej .. Agak rindu juga untuk tinggalkan keluarga namun kita juga perlu belajar berdikari..Sebelum ini pun Ria dah pernah duduk di asrama ..Kolej matrikulasi dulu..jadi kurang gementar sikit..Tapi sewaktu di matrikulasi satu bilik 4 orang dan keempat empat orang datang serentak.. Sekarang 2 orag satu bilik..Jadi kawan sebilik tak kenal lagi hari ini..sebab belum daftar lagi masuk jadi tunggu lah..Semoga dapat ubah dirilah dari zon selesa..Ria ini agak pendiam sikit ..kadangkala agak sukar untuk bergaul..Tulah harap dapat ubah diri untuk jadi lebih baik pada masa akan datang..Tujuan utama ria duduk kolej untuk lebih bergiat aktif dan nak dapat ramai lagi kenalan..Belajar bersemuka pun amat penting .. Ria sem 1 lepas ..kurang memuaskan bagi ria ..dan berharap dapat tingkatkan lagi..Rasa sedih sangat..tapi tak boleh sedih sebaliknya kita perlu gandakan usaha..
Tak pe ..masih ada lagi peluang untuk kita gandakan usaha.. Yang penting kita nak berusaha dan teruskan usaha.. Doa dan tawakal..
" Peluang yang kita dapat hari ini,mungkin kita tidak akan dapat pada 10 tahun akan datang "
Kata kata inilah yang sentiasa bermain dalam fikiran Ria..Amat berharap dapat terus bersemangat..
Hanya pengalaman yang mampu mematangkan seseorang.
Terus bersemangat dan raih kejayaan ..Ayuh..UKM..
Amat berharap dapat memberikan yang terbaik kepada universiti kita watan kitaa..
Ini baru permulaan ..
Ria duduk di kolej ungku Omar..Alhamdulillah..
