Ahad, 9 Januari 2022

Masa berlalu dengan pantas

Dalam sedar dan tidak sedar dah hampir satu sem Ria di UKM..Cepatnya masa berlalu kan..Oleh itu kita mestilah sentiasa mengutamakan masa..Tak terasa da..

Kena buat persiapan dari sekarang sebab final exam dah hampir dah ini..Sepatutnya kita kena sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang berlaku pada masa sekarang..Macam macam boleh jadi.. contohnya kita sudah pun alami seperti PKP..dan Banjir.. 

Masa juga sentiasa mencemburui kita...Oleh itu , kita tidak boleh leka..
Ria ada terdengar satu ucapan seorang pensyarah sewaktu hari orientasi mahasiswa

" sewaktu belajar,belajar lah  pulun pulun, dan sewaktu cuti, cutilah pulun pulun "

Sepertinya itu kalau tidak silap Ria

Dimana yang dimaksudkan pensyarah itu adalah ketika kita belajar..Belajar lah bersungguh- sungguh,Belajarlah sebaik-baiknya..Dan apabila cuti sem, Cutilah,berehatlah sepuas-puasnya..
Ria amat bersetuju dengan maksud yang disampai kan oleh pensyarah ini..

Memang agak mencabar.. lagi lagi kita berdepan kelas online begini...Tak mudah ye..Masih lagi ria ingat sewaktu di matrikulasi..terdapat perbezaan keputusan sem 1 dengan sem 2..keputusan sem 2 lebih baik dari sem 1..Dimana sewaktu sem 1 kami separuh sem berada di kolej dan separuh sem berada di rumah..Setelah kelas atas talian dirumah..Kami harus menghadapi peperiksaan secara bersemuka..

Dimana sewaktu di sem 2, kami sepenuhnya di kolej..Bergantung juga dengan persekitaran..dan orang yang sekeliling kita..Ada sesetengah orang dia bersemangat belajar sekiranya di tempat belajar..Ada juga yang bersemangat belajar bersama rakan.. Tapi kita harus biasakan pembelajaran atas talian..sebegini.

Kita juga manusia biasa..perlukan masa untuk belajar,rehat,tenangkan fikiran..
Tapi ini bergantung juga bagaimana kita uruskan masa..

Semoga kita sentiasa sentiasa dipermudahkan urusan. Ingat pertama kali mengapa kita berada di tempat kita sekarang..

Blog sebelum ini Ria ada kata Ria ada tugasan animasi menggunakan powtoon..
Jadi Ria akan sertakan bahagian video ria disini..

Semoga sihat sejahtera...dan gembira selalu...












Selasa, 4 Januari 2022

Tahun baru, Azam baru

Selamat Tahun Baru.
Mulakan tahun ini dengan azam dan impian baru..

Kalau tahun lepas (2021)
Harapan Ria adalah untuk mendapat pencapaian yang baik PSPM2 matrikulasi dan dapat tempat ke universiti..dan alhamdulliah 2 perkara itu Ria dapat capai.

Kadang apa yang kita rancang tak seperti kita mahukan..Kita cuma mampu berusaha sahaja..Perkara yang kita tak duga boleh berlaku misalnya banjir..banyak perkara kita perlu persiap sedia sebelum ini.. dengan ujian peperiksaan akan datang..memang menguji keimanan ditahun baru..

Nampaknya di tahun baru 2022 ini adalah permulaan yang mencabar..

Ria nak beritahu yang Ria sekarang sedang belajar mereka animasi melalui powtoon..Melalui tugasan komputer pendidikan..Sekarang dah mudahkan untuk buat animasi..tekan sahaja di google macam macam ada..

Ria ada terjumpa dua platform untuk korang buat animasi
1..Powtoon
2.Doratoon

Buat korang yang nak cuba buat animasi boleh cuba mengunakkan dua ini..

Sekali lagi selamat tahun baru..
Semoga kita dapat lakukan lebih baik lagi pada masa akan datang..Kegagalan yang kita dapat jadikan pengajaran buat kita supaya terus bersemangat untuk terus belajar.. 



Melalui powtoon..









Melalui Doratoon...


Semoga korang sentiasa keadaan sihat sejahtera semuaaa..

Yang penting jangan menyerah

Bermulanya Sem 2

 Bermulanya sem 2,  27 mac 2022, Ria dah mula duduk dikolej .. Agak rindu juga untuk tinggalkan keluarga namun kita juga perlu belajar berdi...