Hai semua.Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama Ria post blog. Hari ini Ria nak cerita sikit bagaimana ekspresi Ria sewaktu dapat tawaran dapat sambung belajar. Jap.. Ekspresi..betul ke ini..heheheπ
Oh ya..Sebelum itu.. Ria merupakan pelajar Fakulti ekonomi dan pengurusan di UKM.
15 September 2021, Hari keputusan bagi permohonan UPU Online. Rasa berdebar dan takut menyelubungi diri. Risau apa yang dihajatkan tidak kesampaian. Apa pun keputusan seharusya Ria terima dengan hati terbuka. Tuhan lebih tahu jalan yang terbaik untuk diriku. Ria membuka laptop.
16 September 2021,keesokan harinya Ria baru sahaja boleh melayari lawan web yang mengakses hebahan UPU. Risau juga sehingga sukar untuk tidur memikirkan keputusan UPU.
Semestinya, kerana PELAJARAN = MASA DEPAN..
Dah boleh letak dekat formula ini kat kertas soalan matematik. Hehehe..π
Skrin terpapar " TAHNIAH anda telah berjaya ditawarkan program seperti berikut "
Alhamdulillah...rasa gembira dan bersyukur yang tidak boleh digambarkan dengan kata kata. Sebab ramai yang cakap bukan senang nak masuk UKM ,hanya mereka yang bertuah sahaja. Dan Ria telah terpilih untuk menjadi salah satunya.
Pada masa yang sama, Ria masih meragui keputusan Ria untuk sambung belajar. Layak ke Ria untuk sambung degree ni..Banyak lagi yang Ria harus pelajari. Mampu kah Ria. Orang kata belajar di universiti ini bukan mudah untuk skor. π
Ria cemburu dengan rakan yang dapat 4 flat sewaktu matrikulasi..Adakah mereka yang pandai memang lahir dalam keadaan bijak? Sungguh beruntung mereka yang bijak pandai ini.
Umpamanya,bayi yang lahir terus boleh berjalan?
Tentu sekali tidak. Semestinya mereka akan belajar dan berusaha tanpa putus asa sehingga boleh berjalan. Sewaktu kecil lagi sebenarnya kita sudah belajar untuk tidak berputus asa tanpa kita sedar. kenapa apabila meningkat dewasa kita nak berputus asa?.
Secara spontan Ria terfikir sedemikian.
Mungkin ramai diluar sana mempunyai hajat untuk sambung belajar tapi mempunyai masalah keluarga, kewangan, konflik atau tidak mempunyai kemudahan yang sewajarnya menyebabkan mereka tidak dapat belajar.
Jangan lah kita melihat orang di atas kita kerana sekiranya kita lihat diatas kita akan ada yang lebih tinggi dari kita..dan jangan lah kita melihat mereka di bawah kerana akan ada yang lebih bawah dari kita.
Jadi, gunalah peluang ini sebaik baiknya.Timbalah pengetahuan sebanyak banyaknya.. Di universiti inilah kita belajar untuk jadi lebih baik,dari segi kematangan mental,luaran fizikal , pengurusan masa seta kebolehan diri. Bahkan kita boleh memberikan khidmat bakti,serta memberikan imej yang baik kepada mereka yang telah berbudi kepada kita. Bukan sahaja kepada keluarga, sekolah,kolej,universiti ,masyarkat bahkan negara(sekiranya terlibat dalam acara antarabangsa)
.
Kerana apa ertinya hidup ini sekiranya kita tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Yang penting kita sudah berikan sehabis baik kita. Seandainya kita sudah berusaha lebih namun kita masih tidak dapat apa yang impikan, mungkin akan ada yang lebih baik kita dapat pada tempat dan waktu yang lebih tepat. π
Sekian itu sahaja dari Ria..
Kepada mereka yang ditawarkan dan dapat sambung belajar tu pergilah janganlah lepaskan peluang itu. Hal ini kerana peluang hanya sekali dan tidak ramai yang boleh dapat peluang macam awak dapat itu..πͺπͺππ..
Stay safe and Stay positive okay..